Pages

Tuesday, December 17, 2013

dari MC kepada trainer;

bismillah



ini antara momen yang paling saya tidak mahu ingat. malu yang teramat. gagap. tidak lancar. terketar-ketar. tanpa praktis. ayat berterabur. nama bertukar. tanpa terima kasih. tanpa protokol. tiada isi. sebut sahaja kesemuanya, setiap satunya saya 'memalukan' diri sendiri, di atas pentas yang Allah 'rezekikan' tidak ramai hadirin yang hadir. 

memikirkannya kembali, satu sahaja 'ibrah paling dekat yang boleh saya dapat. pagi itu, saya tanpa al-Quran. minggu itu, hubungan dengan Allah jauh. kurang telefon ummi. kurang bercakap dengan adik-adik. 

kurang dan lompong kesemuanya. 

mungkin ada benarnya kata salah seorang ulama' salaf; mafhumnya;
"aku mengenal maksiatku pada Allah, adalah dengan sikap atau perilaku binatang tungganganku dan isteriku".

dan Allah menegur dan mengajar dengan paling lembut, bahawa segala keupayaan adalah datangnya dari Dia, bukan dari usaha diri yang sesungguhnya. 

Allahhu!

--

dan saya belajar; 

"jadilah master, dari master of ceremony alias MC sampai master trainer. sampaikan kultum, kulkas, cerpen, atau cerber" - solikhin abu izzuddin, hlmn. 72. 

subhanallah, Maha Suci Dia -Allah yang menjadikan kita mudah lupa pada kesalahan dan kesilapan. kalaulah dosa itu berbau, dan tertayang setiap detik dan saat di kepala, apakah kita akan tergerak untuk menata kembali kesilapan setiap satunya?

tapi tidak. Maha Kasih Dia, -Allah yang memberikan harapan untuk memulakannya semula, menyediakan ruang, menghadiahkan pendamping dan penyokong, berserta dengan semangat dan energi baru, dari arah yang tidak disangka-sangka.

terima kasih Allah.
selamat menemukan diri semula!

cuba lagi, cuba lagi, cuba lagi.

3 comments:

A.N said...

Allahu, tahniah akak. Bukan senang nak menapak atas pentas PWTC (eh, betul ke?) tu :)

Bestnya event ni. Kenapa tak pernah tau kewujudannya pun. Hu

Umairah. said...

anis;
kalau anis dengar akak jadi MC hari tu, mesti tak ucap tahniah. heh ;P

tak la susah, sebab event nie event Majalah Jom sebenarnya. event sendiri, cuma diselitkan dalam program Ekspo Buku 1M :)

ohye event nie sempena pertandingan Cover to Camera Majalah Jom. ada di fb page ;).

Jamilah Mohd Norddin said...

Wah! Tumpang gembira dengan perkembanganmu, teman.